GAGAL BRIM, Permohonan Rayuan dibuka bulan depan

GAGAL BRIM, Permohonan Rayuan dibuka bulan depan


CYBERJAYA: Orang ramai yang ditolak permohonan mendapatkan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) boleh mengemukakan rayuan bermula bulan depan.

Baru-baru ini pasti ramai rakyat malysia yang menikmati bantuan rakyat 1 malaysia (BRIM) . Namun ada beberapa orang juga mungkin gagal menikmati bantuan ini akibat permohonan ditolak . hal ini disebapkan oleh beberapa perkara seperti status perkahwinan, ssm, maklumat akaun yang tidak jelas.

Bagi anda yang gagal melepasi tapisan ini, permohonan rayuan mendapatkan Brim akan dibuka mulai bulan depan
Menurut Menteri Kewangan II, Datuk Seri Johari Abdul Ghani, mengatakan bahawa mereka yang mempunyai status tidak lulus, boleh mengemukakan rayuan kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) untuk tindakan seterusnya.

Kenyataan ini telah dikeluarkan oleh Datuk Seri Johari Abdul Ghani, sempena hari hasil 2018 di Lembaga hasil dalam negeri (LHDN). Beliau berkata Pemohon harus mengemukan rayuan kepada pihak LHDN bagi memudahkan prose’s rayuan.

Tahun ini, kerajaan memperuntukkan kira-kira RM6.3 bilion bagi pengagihan kepada kira-kira tujuh juta penerima BR1M di seluruh negara.

Fasa pertama pengagihan bulan ini bermula Isnin lalu iaitu secara berperingkat untuk tempoh seminggu manakala fasa seterusnya pada Jun serta Ogos.

Penerima isi rumah berpendapatan bulanan RM3,000 ke bawah menerima RM1,200, penerima isi rumah berpendapatan bulanan antara RM3,001 hingga RM4,000 (RM900) manakala penerima individu berpendapatan bulanan RM2,000 ke bawah (RM450).





Comments

Popular posts from this blog

TERLANJUR DENGAN SUAMI ORANG SEHINGGA MENGANDUNG

“ GADIS CANTIK ALA KOREA DISANGKA BUNUH DIRI KERANA HAMIL, NAMUN ADA PERKARA LAIN YANG MENJADI PUNCA UTAMA DIA MEMBUNUH DIRI ”

Kanak-kanak seawal usia 7 tahun dipaksa melakukan hubungan seks, terhadap 20 orang lelaki setiap hari