VIRAL
Selepas Shahir, Ewal pula tampil kehadapan memberi kenyataan mengenai Mimi
Setelah mendakwa bahawa shahir mempunyai hubungan lebih dari seorang artis dan peminat dengannya, mimi tau nama sebenarnya Mona syamimi Mohd Samsudin mendakwa rakan seperjuangan shahir dalam AF megastar iaitu ewal juga pernah menggangu hidupnya dahulu.
Kenyataan tersebut telah dikeluarkan Oleh mimi setelah ewal mengatakan bahawa dia juga hampir-hampir menjadi mangsa perangkap mimi. Istilah “ mangsa perangkap” telah menimbulkan kesan negatif kerana seolah-olah, ia adalah rancangan jahat yang dilakukan oleh mimi.
mimi mengatakan bahawa perkara tersebut sebenarnya di terbalikkan oleh ewal Kerana bagi mimi, ewal pernah mengganggu hidupnya sebelum ini sehinggah menyebapkan perpisahan dengan kekasih lamanya.
Mimi turut mengatakan bahawa ewal tidak sepatutnya menyebarkan kenyataan tersebut kerana ia akan memaksa beliau untuk menceritakan kenyataan sebenar. Tambahan pula ewal telah menghubungi mimi mengatakan bahawa beliau tidak pernah mengeluarkan apa-apa kenyataan seperti itu. Namun, mimi menyifatkan alasan ewal adalah bodoh kerana bagaimana artikal tersebut dikeluarkan sekiranya tidak ada pengakuan dari empunya badan
Oleh itu, pramugari yang bertugas dalam penerbangan tempatan ini, ingin menegakkan kebenarannya apabila rasa dirinya difitnah dan dianiayah. Lebih-lebih lagi apabila kesnya dengan shahir belum pun selesai.
mimi bersedia berjumpa dengan kekasih shahir Era fazirra jika erra mahu
Bekerjasama dengan saya katanya. Beliau ingin menamatkan kontrevesi ini yang nyata mengganggu kerjaya dan juga memburukkan nama baiknya, Beliau sememangnya dikecam oleh natizen akibat mengada-adakan cerita tempo hari antara dia dan Shahir
mimi menjelaskan bahawa dia dan Shahir hanya berkawan biasa kerana beliau sudah mempunyai teman lelaki baru yang merupakan pemain bola sepak, Terengganu iaitu Mohd ridzuan. Namun mimi menegaskan bahada hubungan kawan dan hubungan artis dan peminat itu adalah konsep yang berbeza.
mimi juga memberi harapan agar shahir tampil kehadapan untuk menjelaskan keadaan dan perkara sebenar agar situasi tegang ini berakhir secepatnya.
Comments
Post a Comment