Kanak-kanak seawal usia 7 tahun dipaksa melakukan hubungan seks, terhadap 20 orang lelaki setiap hari

Kanak-kanak seawal usia 7 tahun dipaksa melakukan hubungan seks, terhadap 20 orang lelaki setiap hari




Sreypov chan merupakan seorang kanak-kanak yang berasal dari Negara kemboja. Dia merupakan salah seorang gadis yang telah mendiami rumah pelacuran sewal usia 7 tahun akibat masalah kewangan yang dihadapi oleh dia dan ibunya suatu masa dahulu.
Pada awalnya, kehidupan gadis ini tidak ubah seperti kanak-kanak lain, dimana dia hidup dalam keluarga yang aman damai. Ibubapanya juga sangat menyayanginya.

Suatu hari tanpa diduga ayahnya telah pergi menghadap ilahi. kehidupannya berubah apabila harus melewati hari-hari tanpa kasih sayang dari seorang ayah.

Situasi bertambah teruk apabila ibunya sendiri tidak dapat menuntut haknya sebagai isteri berkenaan harta peninggalan kerana, harta tersebut telah pun di miliki oleh orang lain menjadikan kehidupan mereka semakin hari semakin payah. Ibunya tidak mampu untuk menampung keperluan hidup mereka berdua. 

Akhirnya, ibu Sreypov mengambil keputusan untuk menjualnya sahaja kepada orang lain untuk dijadikan pembantu. Ibunya yakin bahawa dengan menjual anaknya tersebut dia mendapat kehidupan yang lebih baik dengan pekerjaan yang ada.

Ibunya sendiri tidak mengetahui langsung dengan muslihat yang kononnya dijadikan pembantu. Sebaliknya dia telah dihantar di sebuah rumah pelacuran di ibu kota kemboja.

Anggapan dan harapan ibunya sama sekali tidak seperti yang dinginkannya, kehidupan sreypocv chan sepanjang hari diselubungi oleh ketakutan kerana terpaksa berhadapan dengan penyeksaan yang mana, dipaksa untuk melakukan hubungan seks dengan setiap pelanggan yang datang ke tempat itu.



Pertama kali dia dihantar ke tempat itu, dia sering memberontak dengan arahan yang diberikan oleh pengurus rumah pelacuran tersebut. Namun kesan daripada itu, dia diseksa dengan cara diikat dan dibiarkan digigit semut kemudian memberinya minum air kencing.

Dia menceritakan saat mana melakukan layanan pertama kali pada pelanggannya, dia akui agak takut dan tidak mengetahui apa-apa. Menyebapkan dia dihukum dengan memasukan sambal dalam kemaluannya.

Seksa yang dihadapinya membuatkan dia akur dengan setiap perintah yang diberikan, sepanjang hari dia melayan nafsu lelaki hidung belang yang mengunjungi tempat itu, sehinggah dia akui mati rasa apabila terpaksa melayan 20 orang lelaki dalam satu hari.

Sehinggalah satu hari dia dipertemukan dengan seorang yang membantunya keluar dari kehidupan yang menyeksakan itu.  Orang itu telah menghantarnya ke pejabat polis dan disana dia dipertemukan oleh somaly mam yang bertugas menyelamatkan gadis yang spertinya.


Kehidupannya bertambah baik apabila berada jagaan pihak tersebut kerana pelbagai pendedahn diberikan seperti kemahiran menjahit, mendadan rambut, dan juga diberi pendidikan.  Kini dia telah menjadi salah seorang yang bertugas untuk menyelamatkan gadis yang senasib dengannya.


Begitulah cerita kisah hidup sreypov chan yang penuh dengan onak dan duri menjadikannya seorang belia yang sangat dikagumi kerana kekuatannya untuk bangkit kembali dalam hidupnya setelah melalui keperitan semenjak usia kanak-kanak lagi


Comments

Popular posts from this blog

TERLANJUR DENGAN SUAMI ORANG SEHINGGA MENGANDUNG

“ GADIS CANTIK ALA KOREA DISANGKA BUNUH DIRI KERANA HAMIL, NAMUN ADA PERKARA LAIN YANG MENJADI PUNCA UTAMA DIA MEMBUNUH DIRI ”