SEWA RUMAH TERGANTUNG, PEMILIK RUMAH NEKAD MENGURUNG PENYEWA

SEWA RUMAH TERGANTUNG, PEMILIK RUMAH NEKAD MENGURUNG PENYEWA

SUBANG JAYA : Semalam, polis menahan dua orang lelaki berusia 29 dan 44 tahun kerana dipercayai mengurung penyewa rumah yang gagal membayar sewa bulanan yang terletak di Tropicana Metropark , Subang Jaya.
Laporan diterima oleh balai polis daerah subang jaya setelah keluarga mangsa melaporkan bahawa pintu jeriji rumah berkenaan telah dikunci oleh pemilik rumah.
menurut laporan Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Muhammad Azlin Sadari ahli keluarga mangsa mengatakan bahawa pintu rumah telah dikunci pada sabtu lalu kerana tidak membayar sewa bulanan sebanyak rm 1100 kepada pemilik rumah.
"Seorang lelaki yang juga ejen hartanah mengunci pintu berkenaan menggunakan kunci mangga atas arahan pemilik rumah.
walaubagaimana pun, kedua-dua suspek telah membuka kunci tersebut setelah di arahkan berbuat demikian pada 11.30 pagi semalam.
Menurut laporan yang diterima, Muhammad Azlin mengatakan bahawa mangsa yang tinggal bersama keluarga tidak dapat keluar rumah selama 15 jam kerana dikunci dari luar
Kes disiasat mengikut Seksyen 342 Kanun Keseksaan.

Comments

Popular posts from this blog

TERLANJUR DENGAN SUAMI ORANG SEHINGGA MENGANDUNG

“ GADIS CANTIK ALA KOREA DISANGKA BUNUH DIRI KERANA HAMIL, NAMUN ADA PERKARA LAIN YANG MENJADI PUNCA UTAMA DIA MEMBUNUH DIRI ”

Kanak-kanak seawal usia 7 tahun dipaksa melakukan hubungan seks, terhadap 20 orang lelaki setiap hari