HARGA MINYAK TURUN SECARA BERTERUSAN
HARGA MINYAK TURUN SECARA BERTERUSAN
KUALA LUMPUR 21 Feb - Seperti yang
diharap-harapkan oleh rakyat Malaysia sebelum ini, hari ini harga runcit
mingguan bagi petrol dan disel mencatatkan penurunan yang berterusan.
RON95 mencatatkan penurunan sebanyak
6 sen iaitu dari RM 2.23 ke RM2.17 seliter manakala RON97 mencatatkan penurunan
sebanyak 7 sen iaitu dari RM 2.50 sen ke RM2.43 sen seliter. Manakala Harga
runcit diesel turun 6 sen iaitu dari RM 2.19 sen ke RM2.13 sen seliter.
Merujuk pada kenyataan Kementerian
Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan melalui laman sesawang. Penurunan
ini akan berkuatkuasa bermula malam ini sehingga 28 februari 2018.
Sumber : Utusan Online
Comments
Post a Comment