ISTERI BANTU SUAMI BUNUH SEORANG WANITA, DIPERCAYAI KEKASIH SUAMINYA SENDIRI
ISTERI BANTU SUAMI BUNUH SEORANG WANITA, DIPERCAYAI KEKASIH
SUAMINYA SENDIRI
Susulan penemuan
mayat seorang wanita di lading kelapa sawit Mambang di awan, Kampar, polis
telah menahan pasangan suami isteri kerana dipercayai terbabit dengan kejadian
tersebut
Mangsa yang
dikenalpasti S Letchumi berumur 28 ditemui tidak bernyawa dan terbaring atas
tanah dalam ladang sawit kira-kira pukul 2 petang. Keadaan mangsa ketika
ditemui terdapat kesan jerutan di leher dan kecederaan di bahagian kepala.
Menurut Ketua Polis
Kampar, Superintendan Ng Kong Soon, Kedua-dua suspek ditahan di dua lokasi
berasingan dan siasatan awal mendapati mangsa adalah teman wanita suspek lelaki
itu.
“ suspek wanita telah
ditahan di depan ibu pejabat polis Daerah (IPD) Kampar. Manakala suspek lelaki
yang merupakan suaminya ditahan di rumahnya yang terletak di Bandar baru
Kampar.
Ng kong Soon
mengatakan kedua-dua suspek direman selam enam hari bermula hari ini untuk
memudahkan proses siasatan dijalankan.
“ Sementera itu, Di Unit
Forensik Hospital Kampar mayat mangsa akan disiasat dan dipindahkan ke Jabatan
Forensik Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB)” kata nya.
Menurut laporan bedah
siasat pada pukul 8 pagi sabtu mendapati mangsa mati akibat dipukul
bertubi-tubi di bahagian kepala. Pakar patologi turut mengesahkan bahawa wujud pergelutan
antara suspek dan mangsa sebelum kejadian tersebut.
Selain itu, Keputusan
bedah siasat juga menunjukkan bahawa tiaa koyakan pada alat kelamin mangsa
kerana sebelum ini laporan media mengatakan bahawa terdapat mayat wanita
berkenaan dipercayai dibunuh kurang 24 jam di lokasi lain sebelum ditinggalkan
di ladang kelapa sawit.
Comments
Post a Comment