GAMBAR PONTIANAK YANG TULAR DI FACEBOOK
GAMBAR
PONTIANAK YANG TULAR DI FACEBOOK
Melaka: Baru-baru ini, tular di media sosial gambar
Pontianak yang bertenggek di atas tiang elektrik. Gambar tersebut diperolehi
dari kawasan jalan Durian Tunggal
menuju ke Kesang Pajak. Ia berhampiran dengan pusat pelancongan The Rouch City
Alor Gajah.
Antara individu yang sering melalui kawasan tersebut
ialah Adul Rahim Samat, 40. Beliau merupakan pengawal keselamatan dan kerap
melalui kawasan tersebut pada waktu malam. Sebelum ini beliau pernah terdengar
kisah mistik di kawasan tersebut.
“ Selama ini , saya buat tak tahu saja, namun bila
tengok gambar yang tular seminggu lalu, saya jadi seram dan tak elak mengguna
jalan raya itu terutama waktu malam”
“ Namun sepanjang saya bekerja dan berulang aling
melalui jalan ini, saya tidak pernah tersua Pontianak atau hantu, tapi saya
berasa seram mungkin sebap tempat tersebut gelap dan sunyi ” Kata nya
Manakala S Murugan 34, yang merupakan penduduk
Kampung Durian Tunggal, mengatakan bahawa gambar tersebut merupakan gurauan
pihak tertentu untuk menakut-nakutkan orang ramai
Beliau yang merupakan penoreh getah itu mengatakan
bahawa hampir setiap hari dia bangun seawal jam 1 pagi untuk ke kebun, namun
tidak pernah terserempak dengan hantu atau pontianak seperti yang tular.
“ Rumah saya bersebelahan jirat Cina, tak pula
dengar bunyi misteri atau nampak hantu. Ketika menuju ke kebun juga tak pernah
terserempak dengan pontianak. Tak rasa seram pun ”
“ Saya terkejut bila ternampak gambar yang tular
sebelum ini melalui Facebook, kerana orang-orang kampung sekitar sini tidak
pernah kecoh dengan perkara tersebut.. sebaliknya orang luar yang menokok tambah
” Katanya
Baginya gambar yang tular itu hanya di edit untuk
menakutkan orang ramai, terutamanya para pelajar yang menuntut di Institusi
pengajian tinggi (IPT). Ini kerana beliau mengatakan bahawa para pelajar sering
mengguna jalan raya tersebut waktu
tengah malam untuk ke pekan.
Comments
Post a Comment