“ 20 TAYAR KERETA PECAH, ADA MOTIF TERTENTU BEBERAPA PIHAK "
“ 20 TAYAR KERETA
PECAH, ADA MOTIF TERTENTU BEBERAPA PIHAK "
Baru-baru ini media
telah melaporkan kejadian yang menimpa 20 buah kereta yang mengalami masalah
tayar pecah terkena kayu yang mengandungi banyak paku.
Kejadian dilaporkan
belaku di kilometer 26, lebuhraya Seremban ke Port Dickson (SPDH), berhampiran
dengan Sua Betong Port Dickson.
Menurut laporan polis
Daerah Port Dickson superintenden Zainudin Ahmad, sebanyak 20 buah kereta jenis Proton Pesona, Proton Exora, Honda Accord dan Proton Saga mengalami kemek di bahagian hadapan dan rim tayar bengkok.
Zainudin berkata siasatan
awal mendapati kayu berpaku berpunca dari sebuah lori yang mana terjatuh ketika
sedang melalui kawasan tersebut dan hal ini tidak disedari oleh pemandu.
“ Sejurus menerima
laporan anggota kami bergegas ke lokasi kejadian dan mengalihkan kayu tersebut
agar perjalanan kembali lancar ” katanya
Selepas kejadian ini,
ramai natizen yang mempersoalkan dengan Motif kayu berpaku yang menyebapkan
kerosakan beberapa buah kereta yang melalui kawasan tersebut
Mereka berpendapat bahawa kayu yang
diangkat oleh lori sepatutnya tidak mempunyai paku kerana sepatutnya kayu
berpaku tersebut sudah dibuang dan tidak digunakan lagi.
Selain itu, ada juga natizen yang
mengatakan bahawa, perkara sebelum ini sudah sering terjadi dengan teknik yang
berbeza sebelum ini iaitu dengan menggunakan daun-daun yang diletak paku
Kayu yang berpaku jelas mendatangkan
persoalan di minda masyarakat.
Walau apa pun andaian dan tanggapan
masyarakat buat masa ini tidak dapat dibuktikan kesahihannya. Semoga usaha yang
dijalan oleh pihak polis mampu memberi jawapan yang tepat
Comments
Post a Comment