PEMILIK BENGKEL MENGAMUK DAN MELIBAS PELANGGANNYA DENGAN PARANG

PEMILIK BENGKEL MENGAMUK DAN MELIBAS PELANGGANNYA DENGAN PARANG



Seorang lelaki hampir kehilangan tangannya apabila dilibas oleh pemilik bengkel menggunakan parang. Pemilik bengkel dikatakan mengamuk secara mendadak lalu menyebapkan tangan mangsa hampir putus.

Terdahulu kira-kira 3 bulan lepas, Mangsa yang berusia 35 tahun menghantar kereta proton wira miliknya di bengkel milik suspek di Batu 13, Kampung Simpang Balak  untuk dibaiki.

Walaubagaimana pun kos untuk membaiki kereta tersebut mencecah ratusan ringgit dan mangsa tidak dapat mengambil keretanya pada waktu itu akibat masalah kewangan ,

Oleh kerana bimbang dengan keselamatan keretanya , sudah menjadi rutin mangsa untuk singgah ditempat tersebut setiap pagi sebelum masuk kerja untuk melihat keadaan keretanya.

 Kelmarin, mangsa mendapati komponen enjin dan aksesori keretanya hilang.

Menurut jurucakap polis , Akibat daripada kejadian itu, mangsa meminta pihak bengkel untuk bertanggungjawab menggantikan komponen serta aksesori keretanya yang hilang itu.

" Namun Pemilik bengkel tidak bersetuju lalu mengamuk secara tiba-tiba dan mengejar mangsa sambil memegang parang “ katanya

Pemilik bengkel melibas mangsa dengan parang sehingga pergelangan tangan hampir putus. 

Orang ramai yang berada di situ segera menghulurkan bantuan kepada mangsa.

Mangsa di kejarkan ke hospital berdekatan untuk rawatan susulan.


Comments

Popular posts from this blog

TERLANJUR DENGAN SUAMI ORANG SEHINGGA MENGANDUNG

“ GADIS CANTIK ALA KOREA DISANGKA BUNUH DIRI KERANA HAMIL, NAMUN ADA PERKARA LAIN YANG MENJADI PUNCA UTAMA DIA MEMBUNUH DIRI ”

Kanak-kanak seawal usia 7 tahun dipaksa melakukan hubungan seks, terhadap 20 orang lelaki setiap hari