“ NANA NAK ELYANA TERUS KUAT MELAWAN PENYAKIT DAN SENTIASA BERFIKIR POSITIF, SETIAP PENYAKIT ADA PENAWARNYA ”

“ NANA NAK ELYANA TERUS KUAT MELAWAN PENYAKIT DAN SENTIASA BERFIKIR POSITIF, SETIAP PENYAKIT ADA PENAWARNYA " 


“ Sebelum ini nana dah lama tahu tapi nana tak nak fikir kesakitan dia. Dia sangat kuat dan selalu Nampak happy saja” kata Siti Nordiana Alias atau lebih dikenali dengan panggilan Nana ketika ditemui media .

Sebelum ini Elyana yang merupakan peserta Gegar vaganza 4 tersingkir ahad lalu apabila mendapat markah paling rendah dari juri. Berikutan itu, Dalam ucapan terakhir sebagai peserta yang tersingkir, Elyana telah membuat kenyataan spontan bahawa dia menghidap kanser Limfoma tahap 4

Ramai yang terkedu mendengar penjelasan elyana apabila dia mengatakan bahawa dia menghidap kanser limfoma sejak 7 tahun yang lepas dan sudah menjalankan kimoterapi berpuluh-puluh kali sehingga ke hari ini.

Walaubagaiman pun penyanyi yang popular dengan lagu Kalis Rindu ini, tidak pernah putus asa untuk melawan penyakitnya sungguhpun doktor pernah memberitahunya bahawa dia hanya hidup dalam masa setahun lagi.

Mengikut penjelasan Nana, dia tahu perkara tersebut tiga tahun yang lepas daripada kawan-kawan namun tidak bertanya kerana risau perkara itu terlalu sensitif

Nana akui sifat keperibadian Elyana yang sentiasa ceria meyakinkan lagi bahawa dia tidak mengalami masalah kesihatan yang serius.

“Jika bukan elyana sendiri yang nak beritahu memang sukar nak percaya yang dia sakit “ kata nana

Nana yang merupakan rakan elyana lebih 15 tahun lamanya mendoakan agar rakannya tidak berputus asa untuk mencari penawar selain terus berfikir positif.

“InsyaAllah setiap penyakit mesti ada ubatnya,” katanya.

Mereka saling mengenali dan mejadi sahabat sewaktu sama-sama bernaung di bawah syarikat rakaman FMC yang lalu. Mereka sangat rapat sehingga ke hari ini.

Walaubagaimana pun buat masa ini Nana masih tidak belum belum menghubungi Elyana kerana tahu pasti ramai yang bertanya dengannya dan dia mahu beri ruang untuk elyana



Comments

Popular posts from this blog

TERLANJUR DENGAN SUAMI ORANG SEHINGGA MENGANDUNG

“ GADIS CANTIK ALA KOREA DISANGKA BUNUH DIRI KERANA HAMIL, NAMUN ADA PERKARA LAIN YANG MENJADI PUNCA UTAMA DIA MEMBUNUH DIRI ”

Kanak-kanak seawal usia 7 tahun dipaksa melakukan hubungan seks, terhadap 20 orang lelaki setiap hari