MENIPU !! JUAL ANAK MELALUI FACEBOOK
MENIPU !! JUAL ANAK MELALUI FACEBOOK
Baru-baru ini polis mengesahkan kejadian jenayah yang melibatkan seorang peniaga ditipu oleh rakan facebooknya. Suspek kononnya ingin menawarkan seorang anak kepada peniaga tersebut kerana mendakwa dirinya mempunyai anak kembar lelaki dan ingin memberikan seorang lagi kepadanya dengan kadar bayaran Rm7000.
Akibat terlalu inginkan anak, mangsa berumur 28 tahun dan sudah berkahwin, Bersetuju memberikan wang pendahuluan sebanyak Rm500 melalui sebuah bank ahad lalu.
Walaubagaimana pun mangsa kemudianya menyedari bahawa dia telah ditipu apabila, gambar yang dikirim oleh suspek merupakan gambar bayi yang di ambil dari internet.
mangsa kemudian menghubungi suspek untuk berjumpa di rumah ibunya yang teletak di puchong, namun suspek yang menggunakan nama palsu Fazreen tidak datang ke tempat yang dijanjikan, sebaliknya memberikan pelbagai alasan.
Menurut polis daerah pahang superintendent Wazir Mohd Yusof, mangsa telah membuat laporan polis, sejurus selepas suspek gagal menepati syarat mereka untuk berjumpa.
Wazir mohd yusof mengklasifikasikan kes ini disiasat mengikut seksyen 420 kanun kesyeksaan kerana menipu dan penjara maksimum 10 tahun berserta sebat dan denda jika sabit kesalahan.
Comments
Post a Comment