LUAHAN HATI SUAMI ELYANA
TENTANG KEPERITAN HIDUP YANG TERPAKSA DIJALANI SETIAP HARI OLEH MEREKA BERDUA
Pengakuan
Elyana mengenai kanser limfoma tahap empat, sangat menyentuh hati pebagai pihak namun kita sedari bahawa insan yang paling dekat dengan elyana pasti lebih terasa keperitan tersebut. Individu yang dimaksudkan ialah suami elyana sendiri.
Khairul
Anuar Hussin merupakan suami dan ayah kepada anak penyanyi Elyana. Khairul
menyatakan bahawa hanya dia yang mengetahui keadaan isterinya, disebalik tawa
dan senyumnya dalam berjuang melawan penyakitnya.
“ Jangan
fikir tentang sakit , tetapi hiduplah seperti biasa kerana ajal maut di tangan
Allah ”
Ungkapan
ini merupakan kata-kata semangat yang diberikannya kepada isterinya sejak lima
tahun lalu.
Isterinya
disahkan menghidap kanser sebaik sahaja melahirkan anak mereka. Doktor memaklumkan bahawa Elyana menghidap kanser Limfoma tahap 2 dan masih boleh dirawat. Namun bagi kami kanser tetap kanser.
“Emosi
Elyana ketika itu betul-betul terjejas "
“ Pikirannya
bercelaru kerana terlalu memikirkan perkara itu ”
Elyana
akui dia sangat tertekan dengan situasi dimana dia baru melahirkan anak dan
sudah disahkan menghidap kanser.
Elyana
risau tentang kehidupan anaknya Cinta Sumaiyah jika dia sudah tiada.
Keadaan bertambah teruk apabila elyana melalui proses rawatan kimoterapi. Khairul
mengatakan isterinya sangat tertekan dan sakit semasa kimoterapi
“ Setiap
kali mandi , dia melihat rambut bersepah-sepah menambahkan lagi tekanan yang
dia alami ”. Walaupun
khairul mengatakan bahawa isterinya sudah menjalankan kemoterapi sebanyak 6
kali.
Selepas
menjalankan kimoterapi khairul merasakan ada harapan untuk isterinya sembuh
kerana sel kanser mula mengecut namun derita Elyana tidak tertanggung sakitnya.
Keadaan
ini menyebapkan elyana nekad menghentikan rawatan tersebut.
“ saat
itu, saya sebagai suami sangat kecewa namun dalam masa sama saya juga kasihan
melihat keadaan isteri saya yang kesakitan. Lalu saya memberinya ruang dan masa untuknya dan mengikuti keputusannya ”
kata khairul
Sehingga
pada awal tahun ini, elyana kembali bersemangat dan ingin membuat rawatan
semula. Namun yang menyedihkan doktor mengesahkan bahawa kanser limfoma dalam
tubuh Elyana sudah berada di tahap empat.
Comments
Post a Comment