ELYANA ADA MASA 1 TAHUN LAGI UNTUK HIDUP
ELYANA
ADA MASA 1 TAHUN LAGI UNTUK HIDUP
Elyana pernah diberitahu oleh
doktor bahawa dia hanya berbaki hidup setahun lamanya kerana penyakit kanser
yang dihidapinya. Walaubagaimana pun Elyana langsung tidak
menghiraukannya malah menjadi lebih kuat
" Saya tidak mahu
sembunyikan lagi, penyakit yang saya alami 7 tahun lepas, oleh itu secara
spontan saya mengumumkannya kepada peminat sewaktu tersingkir di pentas Gegar Veganza semalam, sekarang saya hanya mampu berdoa
kepada Allah "
Elyana turut berkongsi pengalamannya yang telah melakukan rawatan
berulang-ulang termasuklah kimoterapi yang jelas memerlukan perbelanjaan wang
yang besar. Selain itu, dia juga telah mencuba pelbagai kaedah dan alternatif
lain untuk sembuh.
Elayana turut memberitahu bahawa, sebelum ini ada beberapa pihak yang menuduhnya sombong kerana menolak melakukan persembahan.
“ Saya terpaksa menolak tawaran tersebut kerana keadaan saya agak teruk
ketika itu, badan mengembang dan rambut gugur ”
“ Doktor juga memberitahu saya bahawa saya hanya boleh hidup
setahun lagi ”
Kini elyana mengatakan bahawa
dia hanya mampu berserah kepada allah selepas telah berusaha pelbagai cara
“ Saya mengambil keputusan untuk
berhenti kimo dan mencabar diri saya untuk berjuang, dan syukur sangat sebap
saya masih diberi hidup sehingga hari ini ”
bersama-sama kita doakan yang
terbaik buat Elyana Dan terus menyokongnya perjuangannya melawan penyakit
kanser Limfoma tahap 4 ini.
Comments
Post a Comment