ARYAN,10 BULAN HANYA BOLEH GERAKKAN JARI SAHAJA, PERNAFASANNYA SANGAT LEMAH

ARYAN,10 BULAN HANYA BOLEH GERAKKAN JARI SAHAJA, PERNAFASANNYA SANGAT LEMAH


Siapa sahaja yang melihat keadaan ini pasti boleh menitiskan air mata, Nor Aryan Iwan berusia 10 bulan disahkan menghidap penyakirt Pompe disease iaitu masalah kekurangan enzim dalam badan sejak awal bulan ini .

Menurut ibu Aryan, siti fatihah, 25 . Aryan mengalami lemah angota badan dan sering menangis ketika usianya empat bulan, dan baru-baru ini, Aryan dikatakan menangis tanpa henti sehingga badan kebiriuan.

Terdahulu, Aryan disahkan menghidap jangkitan paru-paru oleh hospital Terengganu.  Pemeriksaan lanjut dijalankan di hospital HAS. Dan pihak hospital mengesahkan bahawa Aryan menghidap (pompe disease).

Aryan terpaksa dimasukkan ke unit rawatan rapi (ICU) di HSA kerana sukar bernafas. Pihak hospital menggunakan mesin oksigen untuk  membantu pernafasan Aryan yang lemah.

Pihak hospital memaklumkan kos rawatan Aryan Rm 90,000. Hal ini kerana usaha memulihkan semula otot dan sistem pernafasan Aryan.Yang mana hanya membantu dalam masa enam bulan sahaja kerana ia bergantung pada perkembangan sistem pernafasan Aryan.

Walaubagaimana pun, siti fatihah mengakui agak sukar mengumpul dana sebanyak itu kerana suaminya juga hanya bekerja sendiri dan terpaksa meminta pertolongan daripada orang lain untuk menampung kos rawatan anak tunggal mereka itu.

Lebih menyedihkan lagi Siti fatihah mengatakan bahawa pergerakan Aryan kini semakin lemah apabila hanya mampu mengerakkan jari sahaja.

" Namun melihat kepada kos perubatan Aryan, saya hanya mampu memasang impian untuk melihat Aryan sihat kerana saya bukanlah orang senang," katanya.

Jumlah sebenar kos rawatan Aryan ialah Rm90,331.20. Untuk anda yang ingin menghulurkan bantuan, hubungi talian 013-7830198 siti fatihah.

Sebelum ini Siti Fatihah memuat naik dalam status facebook memohon agar natizen mendoakan anaknya sembuh dan bernafas dengan normal kerana dia ingin melihat anaknya membesar sihat seperti kanak-kanak lain


Comments

Popular posts from this blog

TERLANJUR DENGAN SUAMI ORANG SEHINGGA MENGANDUNG

“ GADIS CANTIK ALA KOREA DISANGKA BUNUH DIRI KERANA HAMIL, NAMUN ADA PERKARA LAIN YANG MENJADI PUNCA UTAMA DIA MEMBUNUH DIRI ”

Kanak-kanak seawal usia 7 tahun dipaksa melakukan hubungan seks, terhadap 20 orang lelaki setiap hari