Ternyata isi perut Buaya yang dibedah semalam terjawab
19 oktober 2017, lebih kurang pukul 5.00 petang semalam, seekor buaya telah ditangkap oleh pasukan SWAT di kawasan perairan iaitu dihilir sungai kampung tambak. Buaya yang dipercayai membaham Bentayan ILah, 31 tahun pada 24 september lepas. dinaikkan ke atas untuk dibedah. Proses pembedahan ini telah disaksikan oleh keluarga mangsa itu sendiri.
Namun apa yang ditemui setelah membedah isi perut buaya berukuran 4.8 meter adalah serpihan tulang yang dipercayai milik mangsa. Walaubagaimana pun sukar untuk dipastikan lagi bahawa tulang tersebut adalah milik mangsa atau sebaliknya. Kerana berkemungkinan haiwan reptilia ini juga telah membaham hidupan lain seperti haiwan kerana sang bedal memang dikenali sebagai pemangsa yang sangat kuat . Oleh itu, untuk mengenalpasti tulang tersebut adalah empunya mangsa, tulang telah diserahkan kepada pihak polis untuk menjalankan proses analisis melalui deoxyribonucleic acid (DNA).
Bentayan Ilah yang berasal dari kampung hulu tambak, pusa telah turun ke sungai pada hari kejadian 24 sepetember untuk menangkap ikan. Tetapi beliau telah tewas apabila sang bedal berjaya menyambarnya ketika beliau tidak sedari. Menurut sepupunya yang juga berada di tempat kejadian, mangsa sempat menjerit meminta tolong sebelum dibawah pergi oleh buaya tersebut.
pada keesokan paginya,pasukan penyelamat (SAR) telah menjumpai serpihan usus di kawasan berhampiran dipercayai milik mangsa. Usaha mencari mangsa masih diteruskan sehingga pada 27 september iaitu 3 hari berikutnya, pihak penyelamat telah menjumpai cebisan kaki, tangan kanan dan kepala mangsa.
sehingga 19 oktober , iaitu petang semalam. pasukan Tindakan Pantas Hidupan Liar (SWAT) telah berjaya menangkap buaya tersebut dengan menggunakan sistem penakaian atau lebih dikenali sebagai pengasingan. Kaedah ini dilakukan dengan memberi umpan terlebih dahulu menggunakan ayam di sepanjang sungai rimba berhampiran dengan tempat kejadian. Sang buaya akhirnya terjerat apabila memakan 1 cangkuk umpan daripada 13 cangkuk yang dipasang di sepanjang sungai tersebut.
Comments
Post a Comment