Suasana Pilu Diperkarangan Rumah Mangsa
Suasana Pilu
Diperkarangan Rumah Mangsa
Suasana pilu menyelubungi Perkarangan rumah mangsa di
kampung boribi pagi kelmarin apabila rakan-rakan sekolah mangsa dari sekolah
menengah kebangsaan Pitas 2 datang untuk memberi penghormatan terakhir kepada
rakan sekelas mereka evie elsie jukirim yang merupakan korban dalam insiden kemalangan maut di jalan kanibongan ke pitas pada 24 oktober lalu.
Turut terkorban 3 lagi pelajar wanita iaitu Rabecca Stacey
16, Dayang munisa exon,18 dan Sweetha kongkoyan,18, apabila kereta avanza yang
dinaiki oleh mangsa dan rakan yang lain hilang kawalan dan terbabas lebih
kurang 10 kilometer dari jalan raya utama.
Seramai 3 orang pelajar perempuan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian manakala seorang lagi telah menghembuskan nafas terakhir ketika dalam perjalanan ke hospital pitas. kesemua mangsa maut telah dihantar ke unit Forensik pitas untuk tindakan lanjut. 4 pelajar lelaki yang lain turut dihantar ke hospital pitas untuk diberi rawatan.
24 oktober, Ibubapa kepada mangsa maut Evie elsie, telah membawa balik jenazah di kampung
mereka iaitu kg boribi. Jenazah telah disambut oleh ahli keluarga dan
masyarakat sekitar dengan penuh tangisan. Jenazah dikebumikan pada keesokan harinya.
25 oktober, Rakan-rakan mangsa dari smk pitas 2 telah tiba di rumah mangsa. Menurut salah seoarang rakan sekolah mangsa yang turut berkunjung ke rumah mangsa, setibanya mereka di rumah. Ibu mangsa sebak lalu menangis apabila melihat kawan-kawan anaknya datang untuk memberi penghormatan terakhir. Sambil menangis ibu mangsa mengatakan “ kesian evie dia tak sempat ambil exam
sama-sama dengan kamu” kata ibu mangsa.
Berat mata memandang berat lagi bahu memikul, begitu la kata-kata yang boleh diumpamankan dengan kesakitan dan beban yang dirasai oleh keluarga mangsa, lebih-lebih lagi orang yang paling dekat dengan mangsa iaitu ibubapa. Sukar untuk digambarkan perasaan seoarang ibu yang
kehilangan anak kesayangannya sekelip mata. Hati ibu mana tak hancur apabila anak yang di
tatang bagai minyak yang penuh telah pergi buat selamanya.
Mangsa telah dikebumikan di kampung Boribi lebih kurang pukul 1.00 petang kelmarin.
Mangsa telah dikebumikan di kampung Boribi lebih kurang pukul 1.00 petang kelmarin.
Manakala di kampung Narandang, mangsa kedua kemalangan maut
Rabecca stacey, 16 tahun selamat dikebumikan petang kelmarin yang mana upacara pengkebumian telah dihadiri oleh
keluarga, sahabat-handai dan masyarakat sekitar kampung Narandang.
Rabecca, korban kemalangan maut ini, sememangnya diakui oleh
guru-guru dan rakan-rakan yang lain sebagai soerang pelajar yang berhati mulia
dan sangat pintar. Menurut pengetua smk pitas 2, Abdul Hamid Ahmad, ketika
dihubungi media, beliau turut berduka cita dengan insiden yang menimpa pelajar
ini, kerana beliau mengatakan bahawa kesemua mangsa yang terkorban merupakan
pelajar harapan sekolah dan mempunyai prestasi akademik yang cemerlang tahun
lalu.
Rebecca Stacey saimon merekodkan pencapain 8A dalam
pentaksiran tingkatan tiga. Dan kini berada di aliran sains. Manakala 3 lagi pelajar
tingkatan 6 yang lain iaitu Dayang Munisah Exon, Evi Elsie Jukirim dan Sweeta Kongkoyan
juga merupakan pelajar harapan sekolah, apabila meraka Berjaya merekodkan
keputusan cemerlang dalam peperiksaan sijil pelajaran malaysai (SPM) tahun
lalu.
24 oktober, ketika ditemui oleh pihak media, Exon
mengatakan bahawa kali terakhir
dia berjumpa mangsa pada 15 oktober , sebelum anaknya pulang ke asrama.
“ Pada masa itu, dia (mangsa ) kelihatan pelik sedikit sebap biasanya
dia akan salam saya sahaja sebelum pulang ke asrama tetapi, hari itu dia peluk
saya seolah-olah akan berpisah jauh sambil mengatakan bahawa. “Ayah mungkin lama lagi baru kita dapat
jumpa” ulas exon.
Ayah mangsa mengakui dia sangat sedih pada saat anaknya
mengungkapkan kata-kata itu, tapi beliau tidak mampu berbuat apa kerana tidak
menyangka bahawa. Itu merupakan petanda akhir, anaknya kan pergi buat
selamanya.
Ketentuan takdir tidak ada sesiapa yang akan tahu dan sememangnya tidak dapat dielakkan oleh setiap makluk di bumi yang bergelar manusia kerana ianya telah ditentukan sejak azali yang pasti keluarga , rakan, guru-guru sememangnya merasakan kehilangan mereka.
Comments
Post a Comment