Pemilik kereta tua di Malaysia akan diberi insentif jika menamatkan jangka hayat kenderaan
Pemilik kereta tua di Malaysia akan diberi insentif
jika menamatkan jangka hayat kenderaan
Perak : Datuk Seri Liow Tiong Lai dalam ucapan beliau ketika
merasmikan konvesyen MCA perak 2017, mengatakan bahawa usaha kerajaan berkenaan
kajian jangka hayat kenderaan kini akan berakhir tidak lama lagi.
Antara aspek yang dititik beratkan dalam kajian
tersebut ialah memastikan cadangan pemberian insentif kepada kenderaan lama
dapat dipersetujui dan diluluskan oleh kabinet agar dapat dibentangkan di
parlimen.
Liow
tutut berkata bahawa sekiranya cadangan tersebut diluluskan dan
dilaksanakan maka sesiapa sahaja yang mempunyai kenderaan tua akan mendapat insentif dengan pemberian
rebet atau wang tunai apabila jangka hayat keretanya di tamatkan melalui
Kementerian Pengangkutan
Beliau berkata, tidak ada tempoh yang sah untuk
perlaksanaan berhubung isu ini kerana ia perlu melalui beberapa proses seperti
memindah undang-undang pengangkutan jalan
iaitu Akta Pengangkutan Jalan 1987
Selain itu, liow turut berkata melalui aduan yang diterima semakin
bertambah-tambah jumlah kenderaan terbengakalai sejak kebelakangan ini. Situasi
ini turut mengundang pelbagai pihak dari jabatan dan agensi untuk memohon agar mempercepatkan perlaksaan tersebut.
Comments
Post a Comment