Maut Akibat Hubungan Percintaan Tidak Direstui
Maut Akibat Hubungan Percintaan Tidak Direstui
Alor Star: Seorang lelaki ditemui mati di kediamannya yang terletak di perumahan Adam Mergong, alor setar pagi tadi.
Lelaki yang dikenali sebagai Thomas Ooi Choon Chai, 34, di sahkan meninggal dunia sebaik sahaja, pihak polis menerima laporan dari pembantu perubatan yang beard di tempêta kejadian sejurus selepas insiden itu berlaku sekitar iaitu sekitar pukul 11.53 pagi.
Mangsa dipercayai meninggal dunia akibat di pukul oleh sekumpulan lelaki yang merupakan orang yang dikenali oleh mangsa, kumpulan ini dikatakan telah menyerang mangsa di kediamannya secara tiba-tiba.
Sebelum kejadian berlaku, mangsa bersama-sama tiga lagi individu di dalam rumah iaitu dua lelaki dan satu perempuan. Sejurus insiden pembunuhan itu, saksi telah menghubungi pihak hospital untuk meminta bantuan.
Ketua polis Daerah kota setar, Asisten Komisioner Mohd Rozi mengatakan bahawa mangsa mati akibat kecederaan di bahagian pipi kiri, kecederaan hiding dan terdapat kesan calar di dada mangsa.
Mohd Rozi berkata, kejadian ini dikaitkan dengan hubungan percintaan antara mangsa dan seorang perempuan yang ada di tempat kejadian tidak memdapat persetujuan dari keluarga perempuan.
Untuk tindakan lanjut, Mayat mangsa akan dihantar ke jabatan Forensik Hopsital Sultanah Bahiyah (HSB) untuk proses bedah siasat dan membantu memudahkan pihak polis menjalankan siasatan berikutan kes ini, yang diklasifikasikan sebagai kes kanun keseksaan seksyen 302 atas sebap membunuh.
Comments
Post a Comment