Jalan Berlubang Di Kampung Kanibongan Pitas

Jalan Berlubang Di Kampung Kanibongan Pitas



Sumber : Pages Aduan Rakyat Pitas Sabah

Apakah isu yang akan dikupas dalam artikel kali ini, kalau melihat pada tajuk kita tahu bahawa sememangnya ia merujuk kepada keadaan jalan raya kg kanibongan Pitas yang mana cukup menyeksa pengguna jalan akibat daripada lubang yang ada di atas jalan raya tersebut

Seperti yang kita tahu, Kg kanibongan pitas merupakan sebuah kawasan yang dikategorikan sebagai kawasan luar bandar dan jika dilihat melalui peta sabah ia terletak di utara Sabah iaitu di persisir pantai. Walaubagaimana pun, ini bukan bermakna ia terpinggir atau terkecuali dari menikmati pembangunan infrastruktur. kerana sememangnya setiap kawasan luar bandar mempunyai peruntukan tersendiri yang telah disalurkan untuk tujuan pembangunan luar bandar.

Melalui pengumuman tahun 2016 mengenai peruntukan kerajaan negeri sabah, ketua Menteri Sabah, datuk seri Musa Aman telah mengumumkan sebanyak Rm 3.789 bilion bajet sabah 2017. Dan sebanyak Rm32.83 juta lebihan daripada perbelanjaan 2017. Beliau juga turut mengumumkan agihan sebanyak Rm254. 02 juta untuk pembangunan infrastruktur dan  Rm 173.22 juta Peruntukan untuk kementerian pembangunan Luar bandar. ( Sumber : Bernama November 18, 2016)

Oleh yang demikian adalah adalah tidak logik jika dikatakan tidak ada peruntukan untuk jalan raya kampung kanibongan. Mengikut peruntukan yang kerajaan telah sediakan semestinya keadaan jalan kanibongan tidak seteruk keadaan terkini. Lebih-lebih lagi jalan ini merupakan jalan utama bagi masyarakat persisir pantai seperti tawau, sandakan, kudat dan pitas.

Pengguna jalan raya kg kanibongan ini merangkumi seluruh kawasan yang berada di sepanjang jalan ke tawau seperti beluran, kg pamol, nangoh dan banyak lagi, yang mana mereka akan melalui jalan kanibongan pitas untuk sampai ke kota marudu dan kudat. Sesiapa sahaja yang  melalui kawasan ini pasti tahu, khususnya penduduk daratan kanibongan yang hampir setiap hari menggunakan jalan ini. 

Menurut temubual bersama seorang penjawat awam yang berulang- alik dari kg beliau iaitu di sekitar dataran kanibongan ke pitas, beliau akui memang sukar untuk tidak melanggar lubang-lubang tersebut kerana risau akan insiden lain pula berlaku sekiranya masuk ke lorong  bertentangan semata-mata hendak elak lubang. beliau juga mengakui bahawa, keadaan jalan raya juga telah menyebapkan kondisi keretanya menjadi teruk, apabila terpaksa membaiki pelbagai kerosakan kereta setiap bulan.


keadaan jalan yang berlubang-lubang dan beralun seolah-olah telah menjadi hiasan jalan yang hanya ditatap setiap kali melalui jalan kanibongan. Hal ini juga turut dirasai oleh orang luar. Memetik luahan pengguna jalan raya dari media sosial yang mana penduduk kampung kanibongan meminta penambah baikan jalan kanibongan, berikutan insiden kemalangan melibatkan 4 pelajar tempoh hari. mereka mengatakan bahawa memang tidak dinafikan jalan pitas kanibongan memang agak terukan.

                  

Antara luahan pengguna jalan raya yang berasal dari kota marudu sabah yang melalui jalan kanibongan untuk ke sandakan.


        
Sumber : Dari pages kampung pantai pitas

Luahan penduduk sekitar kampung kanibongan yang mana beliau juga terlibat dalam kemalangan di jalan kanibongan ke pitas.



Tidak ada usaha membaiki jalan ini sejak kebelakangan ini. Pernah sekali dua ada pembaikan jalan yang dijalankan tetapi sekadar untuk menampal lubang tersebut hanya di beberapa tempat sahaja tapi tidak kekal lama.

Lubang jalan raya yang agak dalam

Apa yang kita boleh katakan disini, adalah tidak perlu untuk menunding jari atau berdolah dalih ke sana sini untuk membuktikan siapa benar dan siapa yang salah kerana hakikatnya jalan di sepanjang kanibongan pitas tidak dapat dinafikan lagi bahawa ianya memang teruk dengan keadaan yang berlubang dalam seolah-olah seperti sebuah mini kolam ikan.

Memetik kajian  istitusi penyelidikan keselamatan jalan raya malaysia (Miros) mengatakan bahawa faktor kemalangan jalan raya bukan hanya tertumpu pada faktor manusia ataupun faktor kelalaian tetapi ia dpengaruhi oleh faktor keadaan jalan raya. 

Oleh itu, adalah sangat wajar untuk pihak berkuasa dan JKR khususnya untuk melakukan pemantauan terhadap jalan-jalan di kawasan ini. Selain bersikap terbuka menerima setiap kritikan dan aduan masyakat kerana, sememangnya yang menggunakan jalan raya tersebut adalah golongan masayarakat.  Kepekaan dan keprihatinan seperti ini merupakan harapan di hati masyarakat yang sentiasa dinanti-nantikan.

Tidak perlu menunggu lama, menunggu di viralkan di media, atau menunggu ribuan nyawa terkorban baru bertindak kerana, masyarakat sudah lama dahagakan pembaharuan dan penyelenggeraan jalan raya. 

Insiden kemalangan lepas sudah cukup memberi pengajaran kepada kita semua.

Comments

Popular posts from this blog

TERLANJUR DENGAN SUAMI ORANG SEHINGGA MENGANDUNG

“ GADIS CANTIK ALA KOREA DISANGKA BUNUH DIRI KERANA HAMIL, NAMUN ADA PERKARA LAIN YANG MENJADI PUNCA UTAMA DIA MEMBUNUH DIRI ”

Kanak-kanak seawal usia 7 tahun dipaksa melakukan hubungan seks, terhadap 20 orang lelaki setiap hari