Dua adik-beradik merogol adik tiri ketika ibubapa tidak ada di rumah
Dua adik-beradik merogol adik
tiri ketika ibubapa tidak ada di rumah
Dua
adik beradik masing-masing berusia 15 tahun dan 13 tahun telah ditahan oleh pihak polis
di kediaman mereka di kampung kuala ketil 26, oktober, apabila pihak hospital mengesahkan
adik tiri mereka yang berusia 13 tahun mengandung.
Ibu
tiri mangsa pada awalnya tidak menyedari akan hal itu kerana beliau tidak
melihat apa-apa perubahan terhadap anak tirinya itu sehinggah lah anak itu
mengadu sakit perut. Pada mulanya ibu tiri nya hanya menyangka bahawa ia adalah
sakit perut biasa lalu membawa anak itu di hospital Sultan Abdul halim (HSAH)
sungai Petani untuk pemeriksaan.
Alangkah
terperanjat si ibu apabila dimaklumkan oleh pihak hospital bahawa anak tirinya yang sakit perut rupanya mengandung dan melahirkan bayi lelaki pada hari tersebut.
Ketua
polis Daerah Baling, Superintendan Shariffuddin Yusof mengatakan bahawa mangsa
telah di rogol oleh abang tirinya sendiri di kediaman mereka iaitu kuala ketil ketika ibubapa mereka tidak ada di rumah.
Pelaku dipercayai merogol mangsa lebih dari 30 kali setiap seorang bermula sejak tahun 2015 sehingga tahun 2016, apabila ianya terbongkar kerana mangsa didapati hamil dan melahirkan bayi lelaki.
Kedua-dua
suspek telah ditangkap dan disiasatan dibawah kanun kesksaan seksyen 376 (B).
Mereka direman selama tujuh hari bermula 26 oktober sehingga 2 november bagi
menjalankan proses siasatan.
Sumber
: Metro
Comments
Post a Comment