Diari menghurai segala rahsia tentang penderitaan anak perempuanku
Diari menghurai segala rahsia tentang penderitaan anak perempuanku
kisah seorang budak yang bernama Jeni, berusia 9 tahun hidup bersama neneknya di sebuah kampung. Kedua-dua ibubapa Jeni telah menghantar jeni kepada neneknya sejak sekian lama apabila kedua-dua mereka berpindah tempat kerja baru di luar negara.
Semenjak tinggal bersama neneknya, jeni menjadi sangat pendiam dan kurang kepercayaan diri. Di sekolah jeni sukar untuk bergaul dengan kawan-kawan yang lain akibat sifat jeni yang suka berdiam bersendirian.
Kehidupan jeni tidak seperti kawan-kawan yang seumur dengannya. Setiap hari jeni berusaha sendiri untuk menyiapkan kerja sekolah tanpa tunjuk ajar dan bimbingan dari orang lain. Memandang neneknya juga sudah tua.
Kedua ibubapa jeni jarang menziarahi jeni, oleh itu setiap kali mereka balik kg untuk bertemu dengan jeni, jeni akan bersembunyi.
Suatu hari, ketika jeni menukar pakaian di biliknya ibu jeni yang kebetulan ada di situ, terkejut melihat badan jeni penuh dengan bekas luka. Ibu jeni lantas bertanya pada jeni tentang bekas luka itu. Namun jeni tidak menjawab pertanyaan tersebut malah telah menghalau ibunya keluar dari biliknya.
Semenjak kejadian itu, ibu jenny tidak pernah berputus asa untuk bertanya pada jeni tentang bekas luka tersebut. Pernah sekali jeni tidak dapat menahan amarahnya lalu menengking ibunya dengan begitu kasar sekali sambil berkata.
“ Ketika anak-anak yang lain menikmati hari-hari mereka dengan ibubapanya, ibu dan ayah ada dimana” ? kata jeni.
“ Kenapa sekarang bila jeni dah besar baru nak ambil tahu tentang jeni ” tambahnya
Kata-kata jeni membuatkan ibu jeni terlopong seketika, tidak menyangka bahawa anaknya yang selama ini pendiam sebenarnya memendam 1001 perasaan yang tidak seorang pun tahu.
Dia sangat sedih memandangkan niat dia dan suami untuk mencari rezeki di luar semata-mata ingin menampung keperluan jeni bersekolah telah disalah ertikan oleh jeni selama ini.
Pada keesokan harinya, sewaktu jeni ke sekolah, ibunya telah masuk ke kamar jeni untuk membersihkan kamarnya, ketika mengemas katil jeni, ibunya telah menjumpai sebuah buku kecil di bawah bantal.
ibu jeni lantas membuka buku itu , alangkah terperanjatnya si ibu apabila membaca sebaris ayat yang mana telah membongkar segala persoalannya selama ini.
Di atas diari itu tertulis ayat superti ini “ aku tidak tahu apa salahku, sampai anda melempar buku ku di depan kelas. perbuatan ini tidak akan pernahku lupa selama-lamanya, aku telah berusaha untuk menjadi seperti yang anda inginkan, walau hakikatnya aku tidak tahu dimana salah dan silapku”
Setelah membaca ayat itu barulah si ibu faham, kenapa selama ini anaknya hanya berdiam diri dan tidak memberitahu mengenai bekas luka itu.
Jeni juga merasa seolah-olah dia tidak disayangi oleh ibubapanya kerana menganggap ayah dan ibunya tidak menjalankan tanggungjawab dan kasih sayang seperti ibubapa kanak-kanak lain.
Berikutan itu, ibu jenny telah memberitahukan hal itu kepada ayah jeni. mereka telah berbincang untuk membawa kes seperti itu di muka pengadilan bagi menuntut kebenaran anak perempuannya itu.
Melalui cerita ini,engajaran yang kita perolehi khusunya dalam menjalankan tanggungjawab sebagai ibubapa. Ibu bapa sepatutnya tidak membiarkan anak-anak dijaga oleh orang lain sungguhpun dengan nenek atau datuk sendiri kerana mereka juga sudah lanjut usianya dan tidak mempunyai kudrat untuk mengalas tanggungjawab tersebut.
sebaik-baiknya, walau apa pun yang terjadi. berusaha la untuk tidak berpisah dengan anak-anak, selami dan fahami isi hati anak anda. Pertumbuhan awal anak-anak sememangnya perlu dititik berat olle Ibubapa kerana bagaimana ia dibentuk diperingkat awal, maka begitu la keterampilannya apabila dewasa kelak. bak kata pepatah melentur bulu biar la dari rebungnya.
Comments
Post a Comment