Posts

Showing posts from March, 2018

Neelofa kekal sebagai Ikon tahun memperkasa wanita 2018

Image
Neelofa kekal sebagai Ikon tahun memperkasa wanita 2018 SELEBRITI  dan ahli perniagaan, Noor Neelofa Mohd Noor atau Neelofa masih kekal sebagai ikon Tahun Memperkasa Wanita 2018 (TMW18) yang diterima Januari lepas, menurut Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat. Ia sekali gus menafikan dakwaan yang tular di blog media sosial yang mendakwa Neelofa digugurkan sebagai ikon wanita negara, kata kementerian itu. "Pihak kementerian melihat segala sumbangan dan kejayaan yang telah diraih Neelofa sebelum ini dan percaya ia dapat memberi inspirasi kepada para wanita untuk terus bergerak lebih jauh dan berdaya saing bagi mendepani cabaran Revolusi Industri 4.0. "Kementerian melihat daripada sudut yang positif apa yang akan disumbangkan beliau untuk memperkasa wanita," katanya dalam kenyataan hari ini. Menurut kementerian,  perbincangan antara pihak kementerian dan Neelofa telah dibuat sebelum beliau diumumkan sebagai Ikon TMW18 dan kedua...

GAGAL BRIM, Permohonan Rayuan dibuka bulan depan

Image
GAGAL BRIM, Permohonan Rayuan dibuka bulan depan CYBERJAYA: Orang ramai yang ditolak permohonan mendapatkan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) boleh mengemukakan rayuan bermula bulan depan. Baru-baru ini pasti ramai rakyat malysia yang menikmati bantuan rakyat 1 malaysia (BRIM) . Namun ada beberapa orang juga mungkin gagal menikmati bantuan ini akibat permohonan ditolak . hal ini disebapkan oleh beberapa perkara seperti status perkahwinan, ssm, maklumat akaun yang tidak jelas. Bagi anda yang gagal melepasi tapisan ini, permohonan rayuan mendapatkan Brim akan dibuka mulai bulan depan Menurut Menteri Kewangan II, Datuk Seri Johari Abdul Ghani, mengatakan bahawa mereka yang mempunyai status tidak lulus, boleh mengemukakan rayuan kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) untuk tindakan seterusnya. Kenyataan ini telah dikeluarkan oleh Datuk Seri Johari Abdul Ghani, sempena hari hasil 2018 di Lembaga hasil dalam negeri (LHDN). Beliau berkata Pemohon harus me...